Sunday, September 25, 2011
at
5:13 AM
|
0
comments
First of all, ini first time aku tengok klip video yg se'cool' ini. Tahniah dan trimass kepada Pete Teo atas sumbangan klip video khidmat masyarakat yg cool mcm ni .
Baru-baru ni, aku dgr klip ni dilarang siarannya di kaca tv sebab belum melalui proses penapisan oleh FINAS. Maybe aku boleh terima, sebab salah seoarang penyumbang suara dalam klip ini adalah Namewee. Hatta kalau beliau buat 'dubbing' untuk Upin dan Ipin pun comfirm kena tapis kaw kaw~
Tapi yang peliknya video porno tak kena tapis (kalau tapis tak best la bro), orang yang edar just kena denda RM1k~ kadang-kala membuatkan aku berfkir sejenak, adakah aku berada di Malaysia ataupun di Amsterdam.
Side effect dari klip video ini menimbulkan kesedaran dalam diri untuk mendaftar sebagai pemilih. Umur dah 24 tapi tak daftar sebagai pengundi. Hahaha~ Aku ada sebab, yang pertama aku baru bersara jadi student. Student ni terikat dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik. Tapi aku ada dengar juga tentang Kelab Penyokong "itu" di luar negara... Apa kes??
P/S: Hari Isnin nak daftar sebagai pemilih.. hahaha~
Ditulis oleh
wanstatic
Labels:
banned,
clip,
khidmat masyarakat


